Manual Kundalini Reiki ASSALAMU'ALAIKUM Wr. Wb Berikut adalah panduan untuk anda menerima attunement / penyelarasan Kundalini Reiki. Attunement Kundalini Reiki ini akan diberikan oleh Master Mohamad Zaki bin Harun dalam bentuk Spiritual Attunement. Jika anda mengambil attunement secara jarak jauh, keberhasilannya adalah sama seperti secara langsung.Dalam Kundalini Reiki, attunement dibuat secara sederhana mungkin dan boleh di kuasai dalam waktu yang singkat. JARAK WAKTU PENERIMAAN ATTUNEMENT Attunement hendaklah diambil secara berperingkat-peringkat dari satu level ke level seterusnya mengikut jarak waktu yang telah ditetapkan di bawah: • Kundalini Reiki level 1 diambil bila-bila masa. • Kundalini Reiki level 2 diambil selepas 2 hari attunement Kundalini Reiki level I • Kundalini Reiki level 3 (MASTER) : diambil selepas 10 hari attunement Kundalini Reiki level 2 MASA UNTUK MEMBUAT ATTUNEMENT Anda boleh membuat attunement yang pertama (level 1) pada bila-bila masa men...